Tips Mudah Untuk Hilangkan Lingkaran Hitam Pada Bawah Mata

Malu untuk berhadapan dengan masyarakat kerana mata anda kelihatan seperti lebam dan hitam pada bawah mata?Lingkaran gelap bawah mata bukanlah hanya berpunca dari tidur yang tak mencukupi. Sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan lingkaran di bawah mata semakin gelap. Antaranya, kekurangan vitamin atau zat dalam badan, masalah hidung sering tersumbat dan mungkin juga disebabkan faktor genetik atau keturunan.
Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata anda:

1. Pudina
Sapukan daun pudina yang telah hancur pada bahagian bawah mata. Cara ini dikatakan mampu untuk mengurangkan warna gelap di bahagian bawah mata.

2. Ubi Kentang
Ambil hirisan ubi kentang dan letakkan pada bawah mata.

3. Dehidrasi

Banyakkan minum air. Bila badan anda kurang air badan anda akan mengalami dehidrasi ini akan menyerlahkan lagi lingkaran gelap bawah mata anda.

4. Tidur yang secukupnya
Kurang tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap bawah mata cumanya ia akan memburukkan lagi masalah anda itu. Bila kurang tidur, kulit akan hilang keanjalan serta kelembapan.

5. Uncang teh
Letak uncang teh yang dah direndamkan ke dalam air di dalam peti ais dan biarkan ianya sejuk dahulu. Uncang teh yang disejukkan mampu untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata anda. Kemudian letak uncang teh tersebut di permukaan mata anda selama 15 – 20 minit.

P/S : Selamat mencuba yaaa...

Subscribe to receive free email updates: