Jumaat adalah penghulu segala hari yang sangat mulia, seorang wanita bernama Siti Hindun, 64 tahun, akan melakukan rondaan di keliling kampung Empangsari di Desa Plered, Purwarkta, Jawa Barat sambil memegang satu rotan untuk menyuruh dan mengarah kaum lelaki yang masih leka lepak Sdi warung-warung kopi berhampiran supaya bergegas ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Rutin setiap Jumaat itu telah dilakukankan olehnya sejak 10 tahun lepas bagi memastikan tiada kaum adam yang poteng solat Jumaat.
“Saya akan pastikan tidak ada lelaki yang berkeliaran semasa solat Jumaat di desa Plered. Kalau ada.. hmmm, siap sedialah terima pukulan dari saya“, katanya ketika dipetik akhbar Radar Karawang.
“Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam,” jelasnya.
Tindakan seperti itu dibuat kerana terlalu ramai penduduk kampung yang mengadu tentang sikap sebilangan lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat.
P/S : Bagus jugak makcik nie...