Sharnaaz Ahmad bakal umum tarikh perkahwinan 9 Januari ini


Sharnaaz Ahmad bakal umum tarikh perkahwinan 9 Januari ini

PELAKON Sharnaaz Ahmad akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan kekasih hati, Noornabila pada 9 Januari ini.

Sharnaaz menerusi undangan kepada Astro Gempak memberitahu, satu sidang media khas akan diadakan untuk tujuan tersebut.

Sidang media yang bakal diadakan di sebuah kafe di Kuala Lumpur itu, akan menjelaskan kepada umum mengenai majlis yang telah di rancang oleh mereka itu nanti.

Terdahulu, Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada pertengahan bulan Disember lalu.

Sharnaaz juga telah memberitahu kepada Astro Gempak bahawa dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

Pelakon berbakat besar itu turut memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Subscribe to receive free email updates: