Terima padah lompat dari bangunan tapi mendarat di pinggir konkrit kolam renang


Terima padah lompat dari bangunan tapi mendarat di pinggir konkrit kolam renang

KEGILAAN melakukan aksi ekstrem tanpa pengawasan profesional sebenarnya untuk apa? Bangga memperoleh ribuan ‘LIKE’ di akaun media sosial? Bangga dipuji melambung? Mahu membuktikan diri sebagai wakil dalam kelompok generasi terhebat?

Ya, setiap perkara ekstrem memang ada ganjarannya jika berjaya dilaksanakan. Kepuasan itu memang tidak dapat ditandingi perasaan seronok yang lain. Namun, ia juga hadir bersama risiko yang pelbagai, lazimnya kecederaan mahupun lebih teruk, membawa maut.

Jika itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan, dan siapa pula yang menanggung beban derita, kemerosotan kesihatan dan kecelaruan emosi serta psikologi?

Baru baru ini seorang ‘bintang ekstrem’ YouTube yang sering melakukan aksi terjun ke dalam kolam renang dari aras tinggi sudah menerima padahnya.

Lelaki berkenaan yang menggunakan nama 8Booth dalam akaun YouTube itu merancang untuk melompat ke dalam sebuah kolam renang dari aras bumbung bangunan tiga tingkat.

Malangnya aksi lagak ngeri itu tidak menjadi apabila kakinya mendarat dahulu di tebing konkrit, sebelum tersungkur ke dalam air.

Aksi gagal 8Booth terakam dalam video berikut. Video ini mengandungi adegan yang mengejutkan: