Video viral: Myanmar tahan anggota polis terbabit dera penduduk Rohingya


Video viral: Myanmar tahan anggota polis terbabit dera penduduk Rohingya

YANGON: Kerajaan Myanmar pada Isnin mengaku telah menahan beberapa anggota polis berhubung sebuah video swafoto yang menunjukkan beberapa pegawai memukul orang awam Rohingya.

Pengakuan itu dibuat ketika kerajaan Myanmar dituduh melindungi tindakan pasukan keselamatannya yang didakwa telah melakukan penderaan terhadap minoriti Muslim Rohingya, lapor AFP.

Puluhan ribu orang dari kumpulan etnik itu - yang dibenci kebanyakan majoriti beragama Buddha di Myanmar - telah melarikan diri ketika operasi ketenteraan di negeri Rakhine, yang dilancarkan selepas serangan ke atas pondok polis pada bulan Oktober.