Wabak selsema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis


Wabak selsema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis

Pihak berkuasa di Perancis pada Isnin mengesahkan penyebaran wabak selsema burung di bahagian pentadbiran Deux-Sevres di barat negara itu, sebuah kawasan di Perancis yang tidak terjejas oleh beberapa kes selesema burung sebelum itu.

Ujian makmal mengesahkan kehadiran wabak influenza H5N8 itu daripada burung-burung dan ladang ternakan di dua daerah terpencil berdekatan bandar di barat Niort, jelas wilayah Deux-Sevres dalam sebuah kenyataan.

Wabak H5N8 itu adalah wabak berjangkit dalam kalangan spesis burung dan telah merabak di negara-negara Eropah semenjak akhir tahun lepas. Wabak ini dikatakan tidak menjangkiti manusia.

Perancis juga telah memaklumkan terdapat lebih 80 kes selsema burung H5N8 dalam kalangan haiwan ternakan domestik. Namun kes-kes ini dikatakan berlaku di kawasan barat daya yang terletak jauh dari lokasi terjadinya kes terbaharu.

Perancis merupakan pengeluar ternakan terbesar di Kesatuan Eropah telah terjejas ekoran beberapa kes wabak selsema burung semenjak setahun lalu di barat daya negara negara itu dan memaksa pihak berkuasa menggantung proses  pembiakan itik dan angsa di negara itu.

Beberapa jenis wabak selsema burung telah merebak di Asia dalam beberapa minggu lepas dan menyebabkan peyembelihan berjuta-juta burung di Korea Selatan dan Jepun dan beberapa jangkitan terhadap manusia di China.

Subscribe to receive free email updates: