Sediakan air di dalam besin dan letakkan bunga ros, kekwa serta limau purut. Rendamkan kaki selama 10 minit. Campur sekali garam bukit.
- Buang Daki
Ambil limau purut yang direndam bersama air tu, sental di tapak kaki dan juga di sekelilingnya hingga mengeluarkan daki.
- Berus
Setelah siap sental dan agak-agak dah bersih, keluarkan berus bagi meghilangkan kotoran di bahagian kuku dan kaki.
- Urut
Sapu Losyen dan lakukan sedikit urutan di bahagian tapak kaki.
- Semburan
Sembur sedikit pewangi bagi memberikan kesegaran.
Amalkan selalu ya? Insyaallah pasti hilang masalah bau kaki anda.
P/S : Selamat mencuba!