Tidak segan mengaku kelemahan diri, Anna bertindak memuat naik hasil penulisannya itu ke laman Facebooknya (FB) meminta bantuan daripada rakan-rakan laman sosialnya untuk membuat transkrip tulisan Jawinya kepada tulisan Rumi bagi memastikan ejaannya betul.
Malah Anna turut menawarkan hadiah berupa Photobook bernilai RM90 bagi sesiapa yang berjaya meneka serta membuat transkrip dengan tepat dan pantas.
Inisiatif dan usaha Anna memperbaiki penulisan Jawinya mendapat pujian ramai netizen menerusi Facebook. Rata-ratanya turut mencuba untuk memenangi ganjaran yang ditawarkannya.
Difahamkan, draf tulisan Jawi milik Anna itu sebenarnya merupakan skrip yang biasa diungkap oleh setiap anak kapal sebelum memulakan penerbangan.
P/S : Kalau bertudung lagi cantik sis.