Terdahulu, nama Fizie menjadi sebutan apabila beberapa keping gambar bogel mirip wajahnya tersebar luas di laman Tumblr.
Dalam pada itu, Fizie berkata, dia telah pun membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 26 Ogos lalu bagi membersihkan nama baik serta reputasinya sebagai penyampai radio.
Malah katanya, dia juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada hari sama berhubung isu berkenaan.
"Dengan laporan tersebut, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak yang berwajib yang kini sedang melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin di atas penyebaran ini serta sokongan yang diberikan kepada saya selama ini," katanya.
P/S : Moga si pembuat ditangkap dan didakwa.