Harga Terbaru Minyak RON95 RON 97 & Diesel Oktober 2016

Adakah harga minyak di malaysia berubah? Berikut adalah harga minyak petrol RON 95/ 97 dan Diesel terkini untuk bulan Oktober 2016. Harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan ini akan diumumkan pada hari terakhir bulan September iaitu pada hari Jumaat, 30-9-2016.
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Oktober 2016

Berkuatkuasa mulai pukul 12.01 minit pada 1 Oktober 2016 (Sabtu), harga runcit petrol dan diesel bagi bulan OKTOBER 2016 adalah seperti berikut:

RON95 : Naik 10 sen ke RM1.80 (RM1.70 seliter)
RON97 : Naik 10 sen ke RM2.15 (RM2.05 seliter termasuk GST)
DIESEL : Naik 5 sen ke RM1.75 (RM1.70 seliter)
DIESEL (EURO 5) : Naik 5 sen ke RM1.85 (RM1.80 seliter)

Harga Bulan SEPTEMBER 2016 dalam kurungan ( )

Harga terkini akan dikemaskini pada hari Jumaat ini selepas pukul 8.00 malam.

P/S : Sudah menjadi harapan semua netizen Malaysia untuk melihat harga minyak petrol dan diesel berada dalam harga berpatutan ketika zaman kenaikan kos kehidupan pada buat ini.

Subscribe to receive free email updates: