Kebiasaannya pada usia 12 tahun, kanak-kanak tidak mengenakan alat solekan atau memakai kanta lekap berwarna. Tetapi berlainan dengan seorang kanak-kanak ini di Instagram bernama Liya Maisarah yang mempunyai ramai pengikut di instagramnya.
Menggunakan kata nama @liyamaisarah_, setiap gambar yang dimuat naik oleh kanak-kanak ini menampilkan gayanya sebagai muslimah, mendapat ribuan likes. Seperti Instafamous lain, jumlah pengikut yang ramai dipergunakan dengan sebaiknya. Liya Maisarah juga menawarkan perkhidmatan pengiklanan dan review produk di akaun Instagramnya. Bagaimanapun, ada yang berpendapat Liya Maisarah tidak sepatutnya bergaya seperti wanita dewasa di Instagram kerana dia ternyata masih kanak-kanak. Kanak-kanak 12 tahun sepatutnya menjadi seperti kanak-kanak lain iaitu berpakaian seperti kanak-kanak, tidak bersolek mahupun mengenakan kanta lekap warna-warni.
Namun pada era media sosial seperti sekarang, semua orang mempunyai akses kepada pengikut. Wajah cantik dan comel memang biasanya menarik minat orang ramai.
Menjadi cantik dan comel seperti wanita dewasa merupakan satu standard yang sukar dicapai oleh kebanyakan kanak-kanak 12 tahun. Namun begitu sesetengah pihak mungkin menganggap ia perkara yang baik kerana sekurang-kurangnya dia mampu mencari wang saku sendiri pada usia yang masih sangat muda dan mungkin juga dapat membantu ekonomi keluarga. Apa pendapat anda?
Sumber : Amazingnara.com
P/S : Mengancam...