'Jika Mahu Niaga, Hati Kena Kering'- Puan Ainon

Jika anda gagal menjaga amanah-amanah yang diberikan oleh beberapa pihak ini, jangan hairan mengapa perniagaan anda tidak kekal lama.
Jangan berniaga kerana mengikut trend, berniagalah kerana mahu membantu insan yang lain mendapatkan pekerjaan dan pendapatan, itu asasnya. Bukan berniaga kerana mahu keuntungan semata-mata.

Seperti yang ditulis oleh Puan Ainon ini, moga membuka mata dan memberikan manfaat kepada anda yang bergelar sebagai peniaga.

NAK BERNIAGA, HATI KENA KERING

Nak berniaga, hati kena kering. Kalau memang kita tak ada duit peribadi, apabila kawan baik dan keluarga nak pinjam duit, cakap betul-betul yang kita tak ada duit.

Biarlah kita diumpat dari belakang, tak mengapa. Tidak mampu nak memberi orang pinjam duit bukanlah berdosa. Tutup telinga dan jalan terus.

JAGA AMANAH ORANG

Duit bisnes yang ada dalam tangan kita sebenarnya adalah duit milik orang-orang lain. Itu duit hutang yang hendak dibayarkan kepada pembekal, duit gaji pekerja, duit EPF dan SOCSO, duit tuan punya premis yang kita sewa, duit hak asnaf dalam zakat perniagaan, duit cukai LHDN dan lain-lain.

Mana boleh kita ambil duit milik orang-orang lain tanpa izin mereka dan diberikan kepada orang lain? Itu namanya kita tidak amanah.

Seorang dua orang yang mengumpat kita, tak apa-apa. Banyak orang lain memuji-muji kita kerana tidak mungkir janji dalam menyerahkan duit hak mereka setiap hujung bulan. - Puan Ainon Mohd

P/S : Semoga ia membantu anda untuk memasuki alam perniagaan.

Subscribe to receive free email updates: