Bayi Luar Biasa Berusia 18 Bulan Mampu Hafal 26 Mata Wang Dunia

Sungguh menakjubkan, kebolehan yang dianugerahkan kepada seorang bayi baru berusia 18 bulan ini ternyata membuat orang terpukau apabila mampu menghafal 26 mata wang di dunia.
Ibu kepada bayi, Asavari Bale terkejut dengan kebolehan anak dan lama-kelamaan, bayinya semakin petah berbicara dan mula menterjemahkan nama-nama haiwan daripada bahasa inggeris kepada bahasa Marathi

Sejak berusia 6 bulan lagi, Advika sudah mula pandai bercakap. Bukan itu sahaja, Advika juga sudah mula memperkenalkan abjad, buah-buahan dan gambar-gambar haiwan.

Ketika berusia 8 bulan, ibunya mula mengajar negara, mata wang, keajaiban dunia dan sebagainya. Genap berusia 10 bulan, Advika mula mengenal pasti kesemua bahagian di tubuhnya.

Kepintaran luar biasa yang dimiliki Advika terbukti apabila dia berjaya menjawab 100 soalan yang disiapkan ibu bapa Advika kepada wartawan yang bertanya soalan kepadanya.

P/S : Amazing baby.

Subscribe to receive free email updates: