Gambar Awal Ashaari Cium Mulut Dengan Isterinya Cetus Kritikan Netizen

Dek kerana satu gambar yang sedang bermesra di Instagram, Awal Ashaari telah ditegur oleh seorang warga di laman sosial yang boleh kami katakan kurang senang dengan gambar yang dikongsikan oleh pengacara popular tersebut. Jika dilihat kronologi gambar, mereka sedang menghadiri majlis perkahwinan di Langkawi yang diadakan di tepi pantai.
“Dia isteri saya yang halal. Ada masalah?,” jawab Awal kepada komen berkenaan. Mahu buat macam mana, gelaran selebriti yang dipegang oleh Awal membuatkan dirinya sentiasa menjadi perhatian. Yup, banyak lagi pasangan bermesraan di luar sana yang belum berkahwin, tapi mereka bukan selebriti untuk ditegur di laman sosial. Berpunca daripada gambar berciuman itu, ia kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dan antara salah satu komen yang mendapat perhatian daripada Awal sendiri apabila ada yang mempertikaikan perlakuannya itu terlalu mengikut budaya Barat dan menurut komen tersebut juga – inilah apa yang terjadi di akhir zaman.

Jika anda masih ingat, sebelum ini Johan Raja Lawak juga turut menerima tempias yang sama apabila tindakan spontan mereka bercium mulut sebaik sahaja pelakon, pelawak dan juga penyampai radio itu diumumkan menerima anugerah.

P/S : Betul itu isteri anda tapi tak perlu la tunjuk-tunjuk kat instagram..

Subscribe to receive free email updates: