Nyata lawak yang diucapkan Nabil tersebut mengundang pelbagai persepsi berbeza di kalangan warga laman sosial. Ada yang menyifatkan lawak Nabil terlalu biadap selain dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.
Bagaimanapun, Elly Mazlein ketika itu dilihat bijak mengawal suasana dan kami rasakan penyanyi wanita itu sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Sementara itu, pastinya Nabil pun ada jawapan tersendiri – sudah termaktub dalam kontrak mungkin lawak sedemikian.
Apa pun, insiden tersebut dalam masa yang sama sebenarnya turut membuatkan orang ramai tidak berhenti bercakap mengenai program tersebut. Setinggi mana kebencian orang ramai terhadap jenaka Nabil pun, mereka akan terus menonton sehingga final, sama seperti dua musim sebelum ini.
P/S : Ingat bil tu hal rumahtangga orang.