Pembancuh Teh Kacak Terima Tawaran Jadi Model

KINI viral seorang pembancuh teh menerima tawaran menjadi seorang model di syarikat terkemuka. Sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi pula kisah viral tentang lelaki kacak.
Terbaru, seorang pembancuh teh yang berasal dari Pakistan menjadi popular selepas wajahnya yang kacak menjadi viral sehinggakan dia berjaya mendapat kontrak sebagai model.

Arshad Khan, 18, mula dikenali ramai selepas seorang gadis yang dikenali sebagai Jiah Ali memuat naik gambarnya di Instagram. Ketika itu Arshad sedang bekerja di sebuah bazar di ibu negara Pakistan.

Gambar tersebut mendapat lebih 16,000 like dengan komen daripada ribuan peminat Arshad. Ia kemudiannya menjadi trending ke seluruh dunia, dari India ke London.

Inilah baru dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Anda setuju?
P/S : Sememangnya kacak..

Subscribe to receive free email updates: