KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri


KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ketua setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KKLW akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewangan.

Mohd Arif, 59, dan dua anak lelakinya direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

BACA: KSU kementerian, dua anak lelaki direman tujuh hari

BACA: KSU Kementerian ditahan, wang tunai serta jongkong emas RM3 juta dirampas - SPRM

Dia ditahan oleh SPRM di kediamannya di USJ, Subang, semalam.

Dua anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM, semalam.

-- BERNAMA

Subscribe to receive free email updates: