Ringgit jatuh bukan kerana PM Najib dan 1MDB
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan bahawa kejatuhan mata wang ringgit disebabkan 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Tegasnya, dakwaan itu adalah persepsi yang sengaja dicipta sesetengah pihak.
"Kesemua persepsi itu telah dicipta oleh pihak-pihak tertentu. Persepsi ini perlu diperbetulkan. Jadi taklimat yang diadakan hari ini akan pastikan persepsi itu diperbetulkan," katanya dalam sidang media mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]