Mohamed Azmin umum angkat kaki dari FAS


Mohamed Azmin umum angkat kaki dari FAS

KUALA LUMPUR: Kemelut kem Selangor tampak tiada penghujungnya apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Azmin Ali, membuat keputusan untuk tidak lagi bersama organisasi itu.

Dalam kenyataan media hari ini, Azmin menegaskan beliau dan bekas pengurus Selangor, Amirudin Shaari, tidak lagi bersama sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa dan tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak negeri Selangor.

Azmin mendakwa setelah hampir dua tahun bersama FAS, mereka tidak melihat kesediaan exco FAS untuk mendukung perubahan.

Barisan exco FAS sedia ada kekal dengan sikap dan budaya lama -- berpolitik, corak lama urus tadbir dan mentaliti terlalu bergantung kepada subsidi.

Malah, sehingga kini barisan exco FAS didakwa gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang 2018.

Justeru, kerajaan negeri akan memberi sokongan dan dukungan kepada Kemajuan Sukan Bola Sepak Negeri Selangor memalui kaedah baru yang akan diputuskan kelan.

Azmin memberi jaminan kepada penyokong bahawa kegemilangan sukan bola sepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti.

Subscribe to receive free email updates: