Pemain saya selalu berada di persada liga - Guardiola
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui beliau tidak pernah ketinggalan kepada mana-mana pasukan dalam saingan liga, namun enggan berputus asa lagi.
City kini menduduki tangga kelima dengan 10 mata di belakang Chelsea dalam saingan merebut takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-0 kepada Liverpool pada Sabtu.
Bagaimanapun, Guardiola kekal positif dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
"Kebiasaannya saya berada di takhta liga ketika bersama Barcelona dan Bayern Munich. Tetapi ini merupakan satu pengalaman yang baru buat diri saya sebagai pengendali pasukan dan saya bersedia untuk mencuba segala-galanya," katanya.
"Namun, persoalannya adakah kami memiliki kemampuan untuk memintas Chelsea.
"Kami harus melakukan apa yang kami percaya untuk perlawanan akan datang. Jika kami tidak memenangi EPL, ia tidak bermakna kami memiliki musim yang tidak berjaya.
Kevin De Bruyne merupakan antara pemain yang gagal menyerlah ketika tewas kepada Liverpool tetapi Guardiola menolak cadangan pemain kebangsaan Belgium itu masih lagi belum mendapatkan tahap kecergasan yang terbaik selepas tamat kempen Euro 2016.
"Kevin telah bermain dengan baik, buktinya dapat dilihat dalam pertemuan dengan Hull City.
"Dia hanya penat kerana kami bermain banyak perlawanan dalam tempoh yang sangat singkat, bukan kerana penyertaannya di Euro 2016."Kepenatan adalah masalah terakhir buat saya apabila kami menghadapi kekalahan."